Selamat datang ke jalinanmentee.blogspot.com. Blog ini adalah himpunan ceritaku bersama mentee. Kenangan kami semasa bersama. Moga jalinan ini berkekalan sepanjang hayat.

Monday 30 July 2012

Tazkirah Ramadhan & Klinik M.Tambahan

Alhamdulillah, satu lagi program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah. Pada 26 Julai yang lalu, lebih kurang pada pukul 1.15 tengahari, satu perjumpaan Mentor Mentee telah diadakan di Makmal Kimia.

Oleh kerana perjumpaan ini kebetulan pada bulan Ramadhan, sebagai pengisiannya, saya telah menjemput Ustaz Hadi untuk memberikan sedikit tazkirah buat sebagai pengisian rohani kepada para mentee. Ustaz Hadi telah membawa satu tajuk yang amat PENTING iaitu, Kenapa Saya Menganut Islam. Merupakan tajuk daripada sebuah buku tulisan pendakwah terkenal Almahrum Fathi Yakan. Sebuah buku yang mengupas keperluan kita memahami kenapa kita beragama Islam.

Pertemuan ini juga dihadiri oleh beberapa orang pelajar lain yang hadir untuk Klinik M.Tambahan T4 yang diadakan selepas perjumpaan tersebut. Terima kasih, Syabas dan Tahniah kepada yang hadir.

Saya bagi pihak mentee juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hadi kerana sudi memenuhi undangan bagi menyampaikan tazkiran pada hari tersebut. Syukran Ya Ustaz.

No comments:

Post a Comment