Selamat datang ke jalinanmentee.blogspot.com. Blog ini adalah himpunan ceritaku bersama mentee. Kenangan kami semasa bersama. Moga jalinan ini berkekalan sepanjang hayat.

Monday 30 July 2012

Motivasi Maya (MM) - 15 Minit Bersama Mentor 2

Assalamualaikum wbh. Selamat bertemu kembali didalam segmen Motivasi Maya (MM) - 15 minit bersama mentor.  Semoga Allah swt merahmati anda semua mentee cikgu khasnya dan semua umat Islam. Sempena kita berada di bulan Ramadhan yang berkat ini, cikgu nak ajak semua mentee cikgu agar kita luangkan masa kita sekejap saje. Marilah mengalunkan zikir ini dengan tenang dan penuh keinsafan. Niatkan untuk menjadi muslim yang soleh dan muslimah yang solehah serta niatkan untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta bertaubat diatas segala ketelanjuran kita selama ini dan kealpaan kita kepada Allah swt.



Tazkirah Ramadhan & Klinik M.Tambahan

Alhamdulillah, satu lagi program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah. Pada 26 Julai yang lalu, lebih kurang pada pukul 1.15 tengahari, satu perjumpaan Mentor Mentee telah diadakan di Makmal Kimia.

Oleh kerana perjumpaan ini kebetulan pada bulan Ramadhan, sebagai pengisiannya, saya telah menjemput Ustaz Hadi untuk memberikan sedikit tazkirah buat sebagai pengisian rohani kepada para mentee. Ustaz Hadi telah membawa satu tajuk yang amat PENTING iaitu, Kenapa Saya Menganut Islam. Merupakan tajuk daripada sebuah buku tulisan pendakwah terkenal Almahrum Fathi Yakan. Sebuah buku yang mengupas keperluan kita memahami kenapa kita beragama Islam.

Pertemuan ini juga dihadiri oleh beberapa orang pelajar lain yang hadir untuk Klinik M.Tambahan T4 yang diadakan selepas perjumpaan tersebut. Terima kasih, Syabas dan Tahniah kepada yang hadir.

Saya bagi pihak mentee juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hadi kerana sudi memenuhi undangan bagi menyampaikan tazkiran pada hari tersebut. Syukran Ya Ustaz.

Thursday 12 July 2012

Motivasi Maya (MM) - 15 Minit Bersama Mentor 1

Assalamulaikum wbh. Selamat bertemu di Segmen Motivasi Maya (MM) - 15 Minit Bersama Mentor 1. Cikgu harap semua mentee cikgu Muzani, Azri, Amjad, Afiqah, Nurjariah, Liyana dan Julia sihat dan sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan. Bagi siri pertama MM ini, cikgu ingin anda semua bertanya kepada diri anda, bilakah kali terakhir anda memikirkan tentang pengorbanan kedua ibu dan ayah anda? Bilakah kali terakhir anda secara tenang dan penuh rasa insaf,  berfikir dan merenung JASA dan PENGORBANAN kedua IBU dan AYAH anda.

Bilakah kali terakhir anda mendoakan kesejahteraan mereka, medoakan mereka sihat, kuat dan tabah membesarkan anda, mendoakan agar mereka dipanjangkan usia, agar dapat memberi paluang kepada anda untuk membalas JASA mereka yang tak terbalas itu.

Bagi ibu dan ayah yang telah kembali ke rahmatullah, bilakan kali terakhir anda sedekahkan doa kepada mereka. Sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah itu adalah santapan buat mereka di alam barzakh.

Hargai dan kenanglah jasa mereka yang telah membesarkan kalian semua. Hadiahkanlah mereka senyuman dan ketenangan setiap kali melihat anda. Balaslah jasa mereka selagi mereka masih hidup dan sedekahlanlah doa kepada mereka apabila telah tiada.

Cikgu harap, kalian semua dapat menonton video klip dibawah ini, hayati dengan mata hati hati anda. Mana-mana yang baik jadikan panduan dan yang tidak baik itu jadikan ikhtibar buat renungan. Wassalam.


Sunday 8 July 2012

Melawat Universiti Malaya

Semalam (7 Julai 2012), jalan-jalan sekitar UM dengan mentee. Tengok-tengok tempat menarik, sambil cerita kenangan masa bergelar mahasiswa dulu. Sempat ke Canselori, Padang Varsiti, Tasik Varsiti, Fakulti Sastera & Fakulti Sains. Sayang sebab terlupa nak bawa lawat Pusat Asasi Sains, tengok dari jauh je walaupun dah sampai ke sana. dah. Tak pe, lain kali boleh gi lagi.
Sebelum balik, pegi Memorial Tun Abdul Razak jap, baca sikit sejarah beliau masa jadi PM dulu.









Ahlan Wasahlan

Assalamu'alaikum wbh. Selamat datang ke jalinanmentee.blogspot.com. Blog ini adalah gambar, cerita dan kenangan bersama mentee-mentee. Semoga jalinan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat. Wassalam.