Selamat datang ke jalinanmentee.blogspot.com. Blog ini adalah himpunan ceritaku bersama mentee. Kenangan kami semasa bersama. Moga jalinan ini berkekalan sepanjang hayat.

Wednesday 1 August 2012

Mutiara Kata Muhasabah Diri 1

Assalamualaikum wbh. Alhamdulilllah, setelah berfikir dan mencari idea untuk segmen kedua bagi blog ini, akhirnya cikgu merasakan untuk memberikan ruang untuk mentee cikgu berfikir dan memuhasabah atau menilai diri anda berpandukan mutiara-mutiara kata yang sering didengari.

Selama ini anda semua mungkin pernah mendengar mutiara-mutiara kata dalam segmen ini tetapi kurang menghayati maksudnya. Maka cikgu harap dalam segmen ini, selepas membaca mutiara kata yang dipaparkan, anak-anak mentee akan memberikan sedikit masa untuk mencermin  dan seterusnya memuhasabah diri anda. Memperbaiki kekurangan dan memperkasakan kelebihan anda.