Selamat datang ke jalinanmentee.blogspot.com. Blog ini adalah himpunan ceritaku bersama mentee. Kenangan kami semasa bersama. Moga jalinan ini berkekalan sepanjang hayat.

Thursday 12 July 2012

Motivasi Maya (MM) - 15 Minit Bersama Mentor 1

Assalamulaikum wbh. Selamat bertemu di Segmen Motivasi Maya (MM) - 15 Minit Bersama Mentor 1. Cikgu harap semua mentee cikgu Muzani, Azri, Amjad, Afiqah, Nurjariah, Liyana dan Julia sihat dan sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan. Bagi siri pertama MM ini, cikgu ingin anda semua bertanya kepada diri anda, bilakah kali terakhir anda memikirkan tentang pengorbanan kedua ibu dan ayah anda? Bilakah kali terakhir anda secara tenang dan penuh rasa insaf,  berfikir dan merenung JASA dan PENGORBANAN kedua IBU dan AYAH anda.

Bilakah kali terakhir anda mendoakan kesejahteraan mereka, medoakan mereka sihat, kuat dan tabah membesarkan anda, mendoakan agar mereka dipanjangkan usia, agar dapat memberi paluang kepada anda untuk membalas JASA mereka yang tak terbalas itu.

Bagi ibu dan ayah yang telah kembali ke rahmatullah, bilakan kali terakhir anda sedekahkan doa kepada mereka. Sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah itu adalah santapan buat mereka di alam barzakh.

Hargai dan kenanglah jasa mereka yang telah membesarkan kalian semua. Hadiahkanlah mereka senyuman dan ketenangan setiap kali melihat anda. Balaslah jasa mereka selagi mereka masih hidup dan sedekahlanlah doa kepada mereka apabila telah tiada.

Cikgu harap, kalian semua dapat menonton video klip dibawah ini, hayati dengan mata hati hati anda. Mana-mana yang baik jadikan panduan dan yang tidak baik itu jadikan ikhtibar buat renungan. Wassalam.


No comments:

Post a Comment